Friday, May 22, 2009

HARI KEBANGKITAN

> SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI
> HARI QIAMAT KELAK!!
!
>
> Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
> makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri
> tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT
> dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan
> TIDAKBERCAKAP.
>
> Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita
> dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
> qiamat?'
>
> Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana
> WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila
> qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin
> sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
> sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
>
> Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
> 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
> debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
> sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
> memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para
> mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
> hamba-hamba Ku.
>
> Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang
> yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit
> dalam tubuh asal diwaktu mati :-
> 1. Para Nabi
> 2 Para Ahli Jihad
> 3. Para Alim Ulama
> 4. Para Syuhada
> 5. Para Penghafal Al Quran
> 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
> 7. Tukang Azan
> 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
> 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
> 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
> mereka
> itu dari kalangan orang yang beriman.
>
> Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
> sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan
> orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka
> Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
> ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
> hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di
> dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
> mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.
> '
>
> Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan
> dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua
> datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat
> Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan
> minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
> daun-daun kayu di bumi.
>
> Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
> makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang
> difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
>
> 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
> telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
>
> * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
>
>
> Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
> bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. '
> Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam
> akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

No comments:

Post a Comment